EN. ZAIDI BIN MOHD. NOR
Pengarah Syarikat
Syarikat BUMI AL HASYIR SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan fokus dalam bidang besi & aluminium. Perniagaan berkembang dengan baik dan sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Syarikat kami kemudiannya mewujudkan satu “branding” untuk cabang perniagaan yang lain iaitu kerja-kerja renovasi kediaman / residen.
OZO BINA merupakan “branding” untuk projek renovasi kediaman secara menyeluruh. Melalui Ozo Bina, syarikat kami telah berjaya menyiapkan beberapa buah rumah kediaman termasuklah Rumah Semi-D & Kondominium. Kerja-kerja renovasi ini merangkumi Rekaan Dalaman (ID), Pelan Lantai & serahan dokumen pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja-kerja mengubahsuai dan menaiktaraf kediaman dijalankan.
Di tahun 2023-2024 anggaran 16 buah residen berjaya disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Perbincangan awal antara pihak syarikat sebagai kontraktor dan pemilik kediaman dalam menetapkan garis masa amat penting dalam memastikan kerja-kerja renovasi berjalan lancar dan teratur. Hal ini memberikan impak yang positif bagi pihak pemilik dan pihak syarikat sebagai kontraktor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam merealisasikan impian “Rumah Idaman” setiap pemilik rumah.
© 2024 by OZO BINA